sedekah ramadhan 1446h

BANJIRI SETIAP SAAT SEPANJANG RAMADHAN DENGAN KEBAIKAN
Ramadhan adalah waktu yang tepat untuk meningkatkan amal ibadah, termasuk berinfaq. Jika kamu ingin membuat Ramadhan Challenge dengan infaq setiap hari sehingga selesai Ramadhan
✅ 2 MAC -31 MAC 2025
✅ ISTIMEWA KEMPEN MISI MEMBURU LAILATULQADAR
✅ Istiqamah dalam Kebaikan
EDISI TERHAD
MISI MEMBURU LAILATULQADAR
"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada 1,000 bulan."
(Surah al-Qadr: 1-3)
Ramadhan merupakan hadiah daripada Allah SWT kepada kita untuk menanam benih amalan kerana setiap amalan akan dijanjikan dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah.
Daripada Ibnu Abbas R.A menceritakan maksudnya :
“Rasulullah ﷺ adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah ﷺ melebihi angin yang berhembus.”
(Riwayat Bukhari)
KEUTAMAAN SEDEKAH RAMADHAN :
✅ Puasa digabungkan dengan sedekah dan solat malam dijanjikan dengan jaminan surga.
✅ Mendapatkan tambahan pahala puasa daripada orang lain dengan menjamu orang berbuka puasa.
✅ Amalan sunat dinilai seperti wajib
✅ Setiap amalan digandakan lebih 700 kali ganda
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)
✅ Mengubati penyakit
''Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan BERSEDEKAH'', (Hadis Riwayat Baihaqi)
Semoga Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda kepada semua penaja dan diterima amal kebaikan mereka disisi Allah SWT ❤️