
BERWAQAF DI DUNIA, MEMBINA SYURGA DI AKHIRAT
Kami mencari Rakan Dermawan untuk bersama-sama menjayakan misi waqaf pembelian tanah bagi membina maahad tahfiz buat ahli al-Quran.
Infaq Kecil, Impak Awesome
Inilah indah sebuah waqaf, pahalanya terus mengalir selagi mana harta yang diwaqafkan itu digunakan untuk pembangunan ummah lebih-lebih lagi dalam memperkasakan penuntut ilmu yang menjadikan al-Quran dan hadith sebagai pegangan hidup.
Memberi dengan hati, menyalur tanpa batas dan menggapai pahala tanpa putus. Itulahh nikmat dalam setiap perkongsian khususnya di sini adalah waqaf tanah untuk pendidikan tahfiz. Yayasan Sofa melahirkan ramai ahli al-Quran yang profesional dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Malah sepanjang lebih 25 tahun bertapak dalam negara ini, banyak institusi pendidikan dibina dan diperkasakan.
“Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran – Ayat 92)
Waqaf adalah ibadah yang dapat dikategorikan sebagai sedekah jariah kerana kebajikan yang diperolehi oleh pewakaf adalah ganjaran pahala yang berterusan walaupun pewakafnya telah meninggal dunia dan selagi mana harta yang diwakafkan tersebut terus kekal dan dimanfaatkan.
Tiada waqaf yang sia-sia melainkan cetakan yang dikeluarkan memiliki keterampilan dari segi ilmu dan akhlak
Inilah hasil waqaf anda buat pelajar tahfiz dan ahli ilmu di sini