SUMBANGAN BAGI SAMBUTAN MAULIDUR MUSTOFA
SAMBUTAN MAULID AL MUSTOFA ﷺ 1501 TAHUN
JOM REBUT PAHALA MENJAYAKAN SAMBUTAN MAULID AL MUSTOFA ﷺ 1501H
Alhamdulillah, tidak lama lagi umat Islam akan menyambut hari kelahiran insan paling agung, junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.
Sempena Sambutan Maulid al Mustofa ﷺ 1501H, kami membuka peluang kepada semua untuk bersama-sama menyumbang bagi menjayakan majlis yang bakal menghimpunkan para pencinta Rasulullah ﷺ dengan pelbagai pengisian ilmu, selawat, qasidah dan majlis zikir.
Sumbangan akan membantu menampung keperluan program seperti:
- Program Ilmiah
- Makan & Minum
- Tajaan Kitab & Bahan Cetak
Misi kami: 1000 Insan Budiman Menaja 1000 Ahli Ilmu.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang, bahkan Allah menambahkan kemuliaan baginya." Riwayat Muslim
Ayuh bersama menjadi penyumbang dalam majlis yang memuliakan Rasulullah ﷺ. Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi saham amal yang berterusan serta mendapat syafaat Baginda ﷺ di akhirat kelak.
Tiada sumbangan yang terlalu kecil di sisi Allah.
HANYA RM50/PAX
“Bersama Menyemarakkan Cinta kepada Rasulullah ﷺ, Bersama Menghidupkan Sunnah Baginda.”