Khatam Al Quran

HADIAHKAN PAHALA KHATAM AL QURAN BUAT TERSAYANG
Anda igin menghadiahkan pemberian terbaik
dunia akhirat buat tersayang?
RIBUAN NAMA TELAH DISEMPURNAKAN
Alhamdulillah, ribuan nama-nama insan tersayang sama ada yang masih hidup ataupun yang masih hidup, hajat yang diamanahkan dalam program Khatam al Quran lalu telah disempurnakan oleh para pelajar Tahfiz As Sofa.
Program khatam al-Quran ini mendapat sambutan ramai sejak diadakan beberapa tahun lalu. Justeru, Yayasan Sofa meneruskan program ini khusus untuk umat Islam yang ingin menghadiahkan pahala kepada ibu bapa, ahli keluarga, pasangan dan mereka yang disayangi.
Cari kebahagiaan dengan memperbanyakan infaq atau hadiah buat yang tersayang. Menerusi program Khatam al-Quran ini bukan saja kita mengabadikan rasa kasih sayang buat insan teristimewa tetapi kita juga diberikan peluang untuk melakukan kebaikan melalui amal jariah.
Tiada yang lebih baik selain berbuat baik untuk diri sendiri, insan disayangi dan orang keliling. Semoga dengan amalan baik ini dapat menjadi asbab kebahagiaan dunia dan akhirat.
Pelaksanaan khatam al-Quran ini diadakan di setiap akhir bulan islam pada hari khamis malam jumaat di setiap insitusi- insitusi pendidikan As sofa.Bagi setiap penyertaan, anda boleh salurkan infaq RM50 bagi setiap nama untuk khatam al quran dan RM30 untuk tahlil.
KEISTIMEWAAN KHATAM AL QURAN BERSAMA AS SOFA
➡️ Bacaan 30 juzuk al Quran buat insan tersayang
➡️ Disempurnakan pada setiap akhir bulan islam.
➡️ Akan dibacakan oleh pelajar di setiap insitusi tahfiz As Sofa di Seluruh Malaysia
➡️ Nama-nama yang telah diberikan akan dibacakan satu persatu
➡️ Infaq akan disalurkan ke pembangunan As Sofa
Jom, hantarkan penyertaan hari ini.

.jpg)
