Kampus Tetap Kolej Islam As Sofa
Saat amalan dilipatgandakan, doa diangkat ke langit, dan sedekah menjadi saksi.
Mari kita rebut peluang pahala dengan menyumbang kepada Pembinaan Kampus Tetap Kolej Islam AS SOFA, sebuah pusat ilmu dan tarbiah untuk melahirkan generasi pewaris ummah.
Yayasan Sofa kerjasama dengan Kumpulan Pendidikan Sofa (KPS) menubuhkan institusi-institusi pendidikan yang berorentasikan Al Quran, Akademik dan Turath. Bermula dari peringkat rendah hingga peringkat tinggi, seperti Aulad As Sofa, Darul Quran Wal Hadith (DAQWAH), Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS), dan Kolej Islam As Sofa (KIS).
Infaq Pembangunan Kampus tetap Kolej Islam As Sofa ini adalah bertujuan membuka peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk membuat amal jariah melalui Sumbangan Pembangunan Kampus Tetap KIS Fasa 1 yang akan menjalankan aktiviti pendidikan dan tarbiah semestinya memberikan manfaat kepada ummah.
Mengumpulkan dana bagi pembangunan Kampus Tetap KIS yang perlu diselesaikan dalam tempoh 24 bulan.
Mengumpulkan dana bagi pembangunan pembangunan utama kampus tetap seperti bangunan pejabat, kelas, perpustakaan, surau, asrama dan lain-lain
Setiap daripada kita akan pergi, namun ilmu yang bermanfaat tidak pernah mati. Apabila seorang pelajar menuntut ilmu, apabila Al-Quran dibaca dan diajarkan, apabila kebaikan disebarkan kepada ummah di situlah pahala terus mengalir walaupun kita telah tiada.
Melalui pembinaan Kampus Tetap Kolej Islam As Sofa, tuan/puan bukan sekadar menyumbang untuk sebuah bangunan, tetapi sedang membina legasi ilmu untuk generasi akan datang.
“Ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah adalah pelaburan terbaik untuk kehidupan selepas mati.”
Butiran Projek:
Kampus Tetap Kolej Islam AS SOFA
- Keluasan: 35,000 kaki persegi
- Kos Pembangunan: RM10 Juta
- Infrastruktur: RM5 Juta
Setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah berpanjangan — mengalir pahalanya selagi ilmu dimanfaatkan, solat didirikan dan Al-Quran dibaca.
“Ya Allah, terimalah amalan kecil kami, jadikan ia asbab keberkatan hidup, pengampunan dosa dan saham akhirat yang tidak terputus.”