ISTIMEWA SEMPENA IHYA’ 10 ZULHIJJAH
Alhamdulillah, bersempena ketibaan 10 hari terawal Zulhijjah yang penuh keberkatan, Yayasan Sofa membuka peluang kepada para dermawan untuk bersama-sama merebut ganjaran pahala yang besar di sisi Allah. Dalam kempen ini, 100 penyumbang terawal yang menyumbang sebanyak RM100 akan menerima buku eksklusif “Kelebihan 10 Terawal Zulhijjah & Hari Arafah” secara PERCUMA sebagai panduan dan pengisian ibadah sepanjang hari-hari mulia ini
Sumbangan anda akan disalurkan bagi membantu pelbagai usaha dakwah dan pendidikan Islam antaranya tajaan pelajar Tahfiz As Sofa meliputi yuran, makan minum serta kitab pengajian. Selain itu, dana juga akan digunakan untuk pembangunan Tahfiz & Turath Ar Rasyad As Sofa serta pembangunan kampus tetap Kolej Islam As Sofa demi melahirkan generasi al-Quran yang berilmu dan berakhlak.
Sabda Rasulullah ﷺ:
“Tiada hari yang amalan soleh padanya lebih dicintai Allah daripada 10 hari pertama Zulhijjah.” (Riwayat Bukhari)
Ayuh, jangan lepaskan peluang untuk menanam saham akhirat pada hari-hari terbaik ini. Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi asbab keberkatan hidup dan ganjaran pahala yang berpanjangan buat kita semua