
PENERBITAN KITAB TAFSIR AL-QURAN 30 JUZUK
TAJ TAFASIR LI KALAM AL MALIK AL KABIR KARYA IMAM MUHAMMAD UTHMAN AL MIRGHANI RA.
MISI MENERBITKAN KITAB TAFSIR AL-QURAN
Sebuah tafsir 30 Juzuk Al-Quran oleh Ulama’ Imam Muhammad Uthman Al Mirghani RA.
MAJLIS PERLANCARAN DAN PENGKHATAMAN KITAB TAFSIR AL QURAN
- Pada 6 September 2025, sebuah Majlis Perlancaran dan Pengkhataman kitab Tafsir, Taj Tafasir Li Kalam al Malik al Kabir karya Imam Muhammad Uthman al Mirghani RA anjuran oleh Kolej Islam As Sofa atas usaha Pengerusi Kolej Islam As Sofa , Dato, Syeikh Haji Muhammad Fuad Bin Kamaludin, telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan kemeriahan di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur.
Majlis ini dihadiri oleh tetamu kehormat daripada keluarga besar al Mirghani yang terdiri daripada Sayyid Abdullah al Mahjub al Mirghani, Syeikh Umum Tarekat Khatmiah Mirghaniah & Ahli Majlis Tertinggi Turuq Sufiyyah Mesir; Sayyid Ahmad al Mirghani, Sayyid Sirr al Khatm al Mirghani serta Sayyid Muhammad al Mirghani.di Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur.
Sayyid Abdullah Al-Mahjub telah memuji dan mengiktiraf usaha Dato Syeikh Haji Muhammad Fuad dalam menerbitkan kitab ini:
"Dan sungguh dengan kezahiran kitab ini di Negeri mereka (Malaysia) merupakan tanda penerimaan(qobul) dan sokongan(madad), dan tanda kepada kesinambungan jalan di negara yang diberkati ini, agar Al-Qur'an menjadi guru dan pendidik, panduan dan bukti...."
SEJARAH PENGHASILAN KITAB TAFSIR
Pengarang kitab iaitu Imam Muhammad Uthman Al-Mirghani Al-Khatm RA adalah anak murid kepada Ulama’ Al Akbar, Imam Ahmad ibn Idris RA. Kitab Tafsir 30 juz lengkap diberi nama Taj Tafasir li Kalam al Malik al Kabir.Ia telah mendapat pujian daripada ulama-ulama besar dunia, antaranya:
i) Sayyid Abdullah Ibn Siddiq Al-Ghumari
تفسير الميرغني: تفسير مختصر، لكنه مفيد، سهل العبارة، خل من الاصطلاحات العلمية المعقدة، يستفيد منه المبتدئ ومن في حكمه لوضوح أسلوبه
"Tafsir al Mirghani ini tafsir ringkas tetapi bermanfaat. Bahasanya mudah, tidak dipenuhi istilah yang sukar. Ia sesuai untuk mereka yang baru belajar, kerana gayanya jelas dan terang"
ii) Dr Mani' ibn Abdul Halim Mahmud
هو مؤلف على سبيل الايجاز، على غرار تفسير الامامين الجليلين: جلال الدين
المحلي وجلال الدين السيوطي
"Ia sebuah karya ringkas, mengikuti gaya Tafsir dua Imam besar, Jalaludin al Mahalli dan Jalaludin al Suyuthi"
Kitab Tafsir ini pertama kali telah dicetak oleh Maktabah Al Amiriah, Mesir pada tahun 1313H.
Kini, setelah lebih 130 tahun, Pengerusi Kolej Islam As Sofa, iaitu Dato Syeikh Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin, seorang ulama kelahiran Melayu telah berjaya menerbitkan semula kitab Tafsir ini.
Kitab ini merupakan sebuah khazanah yang amat berharga, sebagai hadiah besar untuk umat Muhammadiah, sempena Maulid al Mustofa ke 1500 tahun.
Ini adalah cetakan pertama di Asia Tenggara, dan cetakan terbaik kerana Dato Syeikh Muhammad Fuad telah merujuk dan telah membuat perbandingan antara beberapa sumber, iaitu:
i) Cetakan tahun 1313H, yang diambil dari perpustakaan Al-Amiriah, Mesir
ii) Cetakan tahun 1418H, daripada Majlis Hal Ehwal Islam, Kementerian Waqaf Mesir
iii) Cetakan digital daripada Majmuah Naqshujam Al-I'lmiah
iv) Salinan manuskrip yang diambil dari Perpustakaan Universiti Yale, Amerika Syarikat
v) Salinan manuskrip yang diambil dari Syeikh Tariqah Khatmiyah
Amat menakjubkan bahawa Dato Syeikh Haji Muhammad Fuad hanya mengambil masa 3 bulan untuk selesai menerbitkan keseluruhan kitab Tafsir yang mempunyai 4 jilid ini dan beliau juga telah mengkhatamkan bacaan kitab Tafsir ini sebanyak 3 kali semasa proses penyelidikan dalam waktu tersebut.
Ini merupakan sebuah kebanggaan dan kejayaan besar yang dicapai oleh Dato Syeikh Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin, yang kini telah menjadi rujukan dan pautan para ulama dunia, termasuk ulama dari kalangan bangsa Arab.
Kini, Kitab Tafsir ini di dalam proses penterjemahan ke dalam Bahasa Melayu oleh Dato Syeikh Haji Muhammad Fuad Bin Kamaludin.
Proses ini memerlukan kos yang besar. Ini peluang kita untuk membantu misi penterjemahan kitab Tafsir yang hebat ini!
DANA DIPERLUKAN RM 2,000,000
AMBIL PAKEJ SUMBANGAN YANG PALING TINGGI, LEBIH BANYAK PAHALA KITA DAN LEBIH CEPAT MISI TERCAPAI!
SUMBANGAN TAFSIR : RM 1000
SUMBANGAN TAFSIR : RM 500
SUMBANGAN TAFSIR : RM 200
SUMBANGAN TAFSIR : RM 50
Jom teruskan Infaq dengan pilihan Infaq di bawah: