INFAQ PEMBINAAN PERPUSTAKAAN AS SOFA

INFAQ PEMBINAAN PERPUSTAKAAN AS SOFA

Infaq Pembinaan Perpustakaan Ulama Islam As-Sofa


“Waqaf Ilmu, Pahala Berterusan”


Warisan ilmu para ulama adalah amanah besar yang sedang menunggu tangan-tangan ikhlas untuk menjaganya.

Hari ini, kami membuka peluang untuk anda menjadi sebahagian daripada usaha membina sebuah Perpustakaan Islam yang memelihara khazanah agung umat ini.


⏳Fungsi Utama Perpustakaan Ini:


Menyelia koleksi karya ulama silam yang telah membentuk asas kefahaman Islam dalam pelbagai disiplin ilmu.


Menjaga dan memelihara manuskrip Arab yang berusia ratusan tahun, hasil tulisan tangan para ulama terdahulu khazanah bernilai tinggi yang tidak ternilai dari segi ilmu dan sejarah.


Menghimpunkan arkib surat-menyurat, dokumen peribadi dan risalah ulama yang mengandungi hikmah, nasihat, serta catatan sejarah dakwah dan perjuangan mereka.


 Koleksi warisan ini berasal dari pelbagai negara:

➡️ Arab Saudi

➡️ Maghribi

➡️ Mesir

➡️ Norway

➡️ United Kingdom 

➡️ Amerika Syarikat 

➡️ Sudan

➡️ Algeria


Warisan yang dikumpul dari pelbagai pelosok dunia ini bakal dikatalog dan disimpan secara sistematik supaya dapat dimanfaatkan oleh generasi hari ini dan akan datang.


Sabda Rasulullah ﷺ:

“Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu.”

(Riwayat Abu Dawud & al-Tirmizi – sahih)


Firman Allah:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru kepada kebaikan…”

(Surah Ali ʿImran: 104)


➡️Manuskrip dan dokumen para ulama adalah warisan kenabian yang ditulis dengan tinta, dipelihara dengan adab, dan wajib dijaga dengan amanah.


➡️ Sumbangan Anda Akan Digunakan Untuk:


✔ Pembangunan ruang khas penyimpanan dan paparan manuskrip

✔ Proses pemuliharaan, pendigitalan dan katalog sistem

✔ Penyelidikan dan pengesahan dokumen sejarah ulama

✔ Fasiliti pembelajaran untuk penuntut ilmu & masyarakat umum


➡️ Mari Bersama Kami Menjaga Warisan Ilmu


✅ Infaq pembinaan & pengurusan

✅ Wakaf peralatan dan fasiliti arkib

✅ Sokong usaha menyelamatkan khazanah ilmu Islam

✅ Sebarkan kempen ini kepada sahabat & keluarga


 “Hari ini kita selamatkan tinta ulama. Esok, tinta itu akan menyelamatkan umat.”


Gambaran jelas Perpustakaan As Sofa yang akan dibina:




 Sasaran Infaq: RM150,000

Yayasan Sofa mencari 7,500 dermawan untuk infaq serendah RM20 bagi mencapai RM150,000 bagi kos keseluruhan pembinaan perpustakaan ini.

Setiap sumbangan anda adalah waqaf ilmu — pahalanya terus mengalir selagi ilmu dimanfaatkan.


Ayuh sertai pembinaan ini.

Sumbangan anda hari ini adalah pelita untuk ummah esok hari.

Sila pilih amount infaq di bawah:

 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
perpustakaan -pakej makwa RM20
perpustakaan -pakej adnan RM100
perpustakaan -pakej firdaus RM150
PAKEJ UMUM RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN