FIDYAH BERSAMA AS SOFA
JOM BAYAR FIDYAH..
Apa itu Fidyah?
Fidyah ialah Hukuman Denda ke atas seseorang Islam yang telah Baligh (cukup umur) kerana kesilapan meninggalkan puasa wajib di Bulan Ramadhan atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja dengan melewatkan puasa ganti (Qada').
Hukum Fidyah
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia akan disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. Firman Allah SWT yang bermaksud :-
"Puasa yang diwajibkan Itu ialah beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia mengganti puasa sebanyak (hari yang dia tinggalkan) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya untuk berpuasa itu membayar Fidyah, Iaitu memberi makan orang-orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari puasa yang di tinggalkan)."
(Al-Baqarah : 184)
Sebab-Sebab dikenakan Fidyah?
1. Uzur dalam menunaikan ibadah puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit
yang teruk dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh,
atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau
kedua-duanya sekali.
2. Perempuan hamil
Perempuan hamil juga dikira uzur dengan syarat dibimbangi akan
keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya, seperti dikhuatiri
berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga
menggantikan (Qada’) puasa yang ditinggalkan.
3. Ibu yang menyusukan Anak
Bagi para ibu yang kekurangan susu badan, menyusukan
anak dan bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air
susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka wajib baginya menggantikan (Qada’)
puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.
4. Ahli keluarga yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia
hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan
hari yang ditinggalkan. Ianya wajib diambil kira sebelum pembahagian pusaka
dilaksanakan.
5. Musafir dan Pesakit yang tidak mengqada’kan
puasa pada tahun ia ditinggalkan
Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa
pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah
mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah ke Bulan Ramadhan yang berikutnya, dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (Qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan Kecuali bagi mereka yang tiada kemampuan.
Kadar Fidyah?
Kadar Fidyah adalah RM4.00 sehari termasuk kos pengurusan.
Pengiraan RM4 di darab dengan Hari Puasa yang ditinggalkan.
contoh :-
(RM4 Sehari) x (10 Hari) = 40 Ringgit
Individu yang ingin melaksanakan fidyah boleh dibayar melalui Akaun Yayasan Sofa (Unit Sofa Prihatin) dan akan disalurkan terus kepada asnaf, fakir miskin dan golongan yang memerlukan.
Jika ada yang bermurah hati untuk menyumbang lebih atau berinfaq, boleh pilih bahagian "Infaq Sumbangan Umum" HANYA serendah RM10 untuk sebahagian (1 kuantiti).
Sekian, Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang telah lalu & menerima amal-amal kita. Terima Kasih & Jazakumullah.
1.