Duit Raya Tahfiz As Sofa

KONGSI KEGEMBIRAAN SYAWAL BERSAMA TAHFIZ AS SOFA
Pasti tak lengkap rasanya Aidilfitri tanpa meneruskan tradisi dan amalan zaman berzaman.
Berkongsi rezeki dan melihat senyuman anak-anak menerima Duit Raya sebagai hadiah daripada kita.
Ya, senyuman mereka, cukup membuatkan kita juga gembira.
Sabda Rasulullah ﷺ maksudnya: "Sesungguhnya sebaik-baik amalan yang disukai Allah selepas amalan fardhu ialah memasukkan kegembiraan ke dalam hati seseorang Muslim." (Hadith Riwayat Tabrani)
CERIAKAN AIDILFITRI BERSAMA AS SOFA
Sempena sambutan Aidilfitri ini, Yayasan Sofa berbesar hati mengajak umat Islam di negara ini untuk berkongsi kegembiraan Aidilfitri dengan menghadiahkan Duit Raya buat Tahfiz As Sofa.
KE MANA HADIAH DUIT RAYA ANDA DISALURKAN
➡️ Duit Raya dihadiahkan kepada pelajar Tahfiz, asnaf dan miskin
"Menzahirkan perasaan gembira pada hari-hari perayaan adalah antara syiar Islam." (Hadith Sohih Fath al Bari)
Ayuh bersama As Sofa berkongsi senyuman bersama Tahfiz As Sofa.
Semoga Allah menerima amal kebajikan kita dan menjadikan Aidilfitri tahun ini paling bermakna.

Maahad Tahfiz & Turath As Sofa,Rembau
.jpg)
Surau Maahad Tahfiz As Sofa, Rembau




"SENYUMAN DIKONGSI, SYAWAL DIRAI"