Sumbangan Sofa Prihatin

Sumbangan Sofa Prihatin
SOFA PRIHATIN

Sebagai badan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Sofa turut memainkan peranan sebagai platform yang menyalurkan sumbangan dari segi kewangan dan tenaga kerja kepada masyarakat yang memerlukan khususnya golongan sasar.
Sama seperti sebelum ini, Sofa Prihatin bagaikan unit khas yang bertindak saat diperlukan terutama kepada mangsa bencana alam, asnaf dan miskin, anak yatim dan sebagainya.
Bulan syawal merupakan tempoh yang amat bermakna dalam kehidupan umat islam dan menggalakkan amalan kebajikan, sedekah dan perkongsian rezeki. Dalam suasana peningkatan kos sara hidup,golongan asnaf memerlukan sokongan bagi membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri dengan lebih sempurna. Sehubungan itu, Yayasan Sofa Negeri Sembilan melaksanakan Program Sumbangan Syawal Asnaf melalui pemberian bantuan persediaan raya dan sokongan kewangan kepada golongan sasaran.

Program ini juga turut mendapatkan kerjasama rakan strategik Yayasan Sofa Negeri Sembilan yang akan membantu memperluaskan jaringan strategik, mengenal pasti penyumbang berpotensi dan membuka ruang kerjasama bersama komuniti serta rakan strategik lain. Program ini juga bertujuan menyantuni golongan asnaf dalam membuat persediaan raya dengan lebih baik, membina model kolabarasi kebajikan antara NGO, komuniti dan sektor korporat, serta menyemarakkan amalan bersedekah dan tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat. Dengan pendekatan yang bersasar dan berstruktur,program ini dijangka memberi manfaat kepada penerima, memperkukuhkan jaringan strategik dan menjadi contoh model kebajikan tahunan yang istimewa.


















Firman Allah SWT:
والله في عون العبد، ما كان العبد في عون أخيه.
Artinya: “Allah akan menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya.” (Hadith Sohih riwayat Imam Muslim)


Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini
sila hubungi hotline kami : 011-5449 2031
https://youtube.com/shorts/4wCegwN529o?feature=share

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Sofa Prihatin
Sumbangan Ikhlas
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN



Maklumat Organisasi

YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
pejabat@yayasansofa.com.my