Sedekah Jumaat


SEDEKAH  JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat merupakan hari yang sangat mulia dan merupakan penghulu segala hari. 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
 
الصَّلَاةُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ، مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِرُ
.
Maksudnya: “Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kaffarah (penghapus dosa) di antara keduanya selagimana tidak melakukan dosa besar.” 

[Riwayat Muslim (233)]

Amat beruntung bagi mereka yang sentiasa meningkatkan pahala mereka dengan melakukan perkara-perkara sunat yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ.

Jom manfaatkan Jumaat dengan bersedekah. 




Infaq 5 Kebaikan Buat Ahli Al-Quran 


Setiap ringgit yang anda infaq menjadi saham akhirat yang berterusan. Melalui kempen ini, anda berpeluang menyokong pembangunan ilmu Al-Quran dan kebajikan para penuntut agama melalui lima saluran infaq yang dipilih.


 Pilih infaq yang ingin anda sertai:


1. Tajaan Pelajar Tahfiz As Sofa

2. Pembinaan Maahad Tahfiz & Turath Ar-Rasyad As Sofa


3. Solidariti Surau Jumaat As Sofa, Ampang



Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila meninggal dunia seorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim)


Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya dan membawa keberkatan di dunia serta kebahagiaan di akhirat.


Pilih kategori infaq di bawah dan sertai perjuangan memartabatkan Al-Quran hari ini.


4. Pembesaran Surau Jumaat Hasaniah, Sekolah Tinggi Islam As Sofa





5. Dana Penyelidikan Turath As Sofa

Jom bersama merebut peluang untuk melahirkan generasi ahli ilmu dan Al-Quran. Jadikan sumbangan kita sebagai jariah yang berkekalan, saham akhirat yang terus mengalir manfaatnya kepada para penuntut ilmu.


Semoga setiap lafaz ayat Al-Quran, setiap huruf dan baris yang dilafazkan oleh mereka menjadi saksi kebaikan buat kita di akhirat kelak. Ayuh tanam jariah hari ini, demi bekalan yang kekal untuk kehidupan selepas mati.




















Moga Allah SWT melimpahi kita dengan rahmatNya yang tak putus-putus.





MAKLUMAN:
Selepas pembayaran di bank statement akan terpapar pembayaran  kepada   SIMPLEPAY GATEWAY SDN BHD.  Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami. Resit rasmi Yayasan Sofa aka dihantar selepas selesai proses pembayaran.
* Ruangan yang wajib diisi

Butiran Pembelian

ProdukKuantitiHarga (RM)
Tabung Online Sedekah Jumaat
Jumlah0
Jumlah Keseluruhan (RM)

Butiran Pelanggan

Pengesahan